Rabu, 2009 April 22

Gua sudah dapat kerja ini!

Bulan Februari lepas, gua cari kerja baru. 10 Februari lepas, dalam masa 8 minggu kiranya. Kini aku sah dah dapat kerja ini... Trimas.

Isnin, 2009 Mac 09

Lama juga aku tak tulis blog

"Lama juga aku tak tulis blog".

Itulah yang aku nak cakap. Apa yang ada blog ini? Luahan hati dan tempat aku mengarut. Baru-baru ini aku ada sedikit masalah. Rupa-rupanya memang betul aku tak pernah bercinta. LOL. Lupakan sajalah. Dah orang itu tak mahu. Aku pun tak mahu bertepuk sebelah tangan. Tunggu pun tak guna, setiap cinta menunggu ada tarikh lupusnya. Manusia mampu berubah.

Selama ini aku tunggu, lebih kurang enam bulan lebih, jawaban tulus ikhlas, katanya mahu mencuba. Sudah masuk kali ketiga aku mencuba, penat sudah pula. Masa untuk mencari yang baru? Mungkin tidak. Biarlah aku solo lagi, hehe aku memang solo pun selama ini. Tiada makna menunggu cinta yang takkan terbalas.

Kepada dia, tolonglah jangan marah aku menulis begini, aku tak maksud mencerca atau menghina. Aku cuma mahu menyedarkan diri aku sendiri, yang aku tak patut menunggu cintamu lagi. Hidup biar terus. Aku cinta atau sayang bukan persoalannya lagi. Aku tak perlu lagi mengharap balasan yang jelas tidak akan tiba.

"Aftermath"

Mungkinkah kita akan rapat lagi macam dulu? Atau kembali ke masa di mana kita berdua adalah "complete strangers"? Aku rasa biarlah masa menentukannya, aku akan tetap layan kau macam biasa. Bermanja bersayang biar hanya sekadar perkataan. Yang sudah dijanji, kita teruskan. Janji tetap janji, jangan mungkir.

"Terima Kasih"

Terima kasih kerana meluangkan masa bersamaku, walaupun tak semua yang kita lalui menggembirakan dirimu. Aku tak sempurna, tak mampu membuat senyumanmu selalu terpahat di wajahmu. Adakala aku buat kau menangis, sedih, cemburu (kalau ada?), gembira, marah sehingga tak menegur aku langsung. Aku berterima kasih kerana memberi aku peluang.

"Selamat Tinggal"

Selamat tinggal dari aku. Tak mungkin lagi menunggu cintamu. Aku akan pergi dari hatimu, walaupun mungkin tak dapat aku melupakanmu atau tidak mempedulikanmu kerana aku tak mampu membuat hatimu terluka lagi. Biarlah kau gembira dengan cara hidupmu, kenanganmu dan apa yang kau impikan.

Ahad, 2009 Februari 15

Noryn Aziz at Alexis Ampang

Last nite, I was with my loved one at Alexis Ampang (Great Eastern Mall) having a nice dinner. Crap if you wanna say I celebrate Valentine's Day. I was there to be with my special lady and enjoy good music with Noryn Aziz.

For those who doesn't have any idea who is Noryn Aziz, Google will show you. I saw her performance on TV before (yes, I used to watched TV) but I am craving for her live. Not to deny she has a nice figure too, hehe. I am a very normal man.

We went in for the dinner around 9PM, the waiter pointed out our table. A bit far from the stage, but it was fine. Not a very good distance to take pictures of the stage, but don't mind that. The dinner was a four course meal, starting with some fish with some bitter kind of oil, soup, the main course - well done tenderloin steak for me, and medium rare for my lady. Then followed with a nice set of dessert.

The live started around 9:30PM while we are still having dinner. I didn't recognize the first song Noryn sing but it was a great perfomance from the band. I regret that I could not take a decent video of the performance because we were sitting quite far from the stage. I did take a video though, a short one and very bad quality.

During the show, there were a guy proposing to her girl with cupcakes. Hao Lo Man (How romantic)! Dang, that was kinda cheesy, but hey what the heck. Everyone's celebrating love, :P. The couple sit two desks apart from our table. The cupcakes spelled with "Audrey, will you marry me?". Hehe, cute I think.

After breaks and more great songs later, the show ended. However, someone requested one more song from Noryn. She agreed, and the last performance totally rocks with drum solo. That was it. We called it a night after that.

Damn, that was orgasmic, especially when the time some of the patrons were standing and making moves with their partners. I got wood all along after that, hehe.

I am not so sorry if you didn't get the LULZ

A few weeks back I posted some blog entries to my regular forum - Lowyat.net's Kopitiam. My intention is just to make the LULZ out of the word used in the entry. I didn't insult any of the blogger's family members in any direct/indirect way.

First reason why I am not so sorry about that is Kopitiam is full of unseriousness. We bash politicians, other forumers and even retarded people. None taken with any seriousness. I am not so sorry you had to navigate to the forum post and find people posting craps about your entry. Why navigate there in the first place? The Internet is full of with multiple personalities - bad guys turn good, good guys turn really evil. In real life, they are who they are, but don't take people seriously in Lowyat.net's Kopitiam. Anyone who been there knows there is nothing to be serious about there. It's a relaxed, lightly moderated forum, in simpler words, it is a place to crap and bullshit :P

Hey, think of it the other way around, I bought you bunch of traffic :P
Pretty good for viral advertisement, huh?

Ahad, 2009 Februari 08

Permulaan yang menarik

Minggu depan, hari Selasa aku akan mulakan kerja baru. Tempat kerja baru, gaji baru, tahun baru. Aku yang baru.

Lebih daripada dua tahun merengkok di syarikat yang tak mungkin ada masa depan kalau kerja di situ. Penat sudah kena maki, caci dan berpolitik. Aku ada azam baru, hubungan baru, gaya hidup baru.

Selamat tinggal lama dan selamat datang baru.

Sabtu, 2009 Januari 31

Kebosanan setelah seminggu bertapa di rumah

Setelah dua bulan memecat diri sendiri, waktu untuk aku bertapa di rumah sudah tiba. Sudah seminggu bertapa di rumah kerana kehabisan wang.

Aku benci bekerja di syarikat itu setelah dua tahun bertapak di sana, kerana tiada penghargaan atas penat lelah aku selama berada di situ. Tiada peluang untuk memulakan kerjaya sebagai seorang guru yang selama ini aku impikan. Cuma rasa hasad dengki dan benci yang ku dapat dari syarikat milik penuh seorang Datuk.

Canselornya ibarat seorang yang bodoh kerana sanggup dipergunakan namanya. Kualiti pendidikan di kolej universiti milik syarikat itu amatlah teruk. Kemudahan kelas ketiga, pendidik yang tidak dihargai bakat mereka dan politik dalaman yang amat kotor. Ah sudahlah, benci aku untuk bicara lebih lanjut tentang apa yang sudah lepas.

Selepas seminggu, aku AMATlah kebosanan. Janji untuk keluar tertunda esok kerana ibu kekasihku sakit. Semoga bondamu cepat sembuh ya. Apa-apa pun kerana kebosanan, aku ke Starbuck, Pavillion di Bukit Bintang dalam keadaan hujan lebat. Sampai di sana, terus aku ke Starbucks di tingkat 6, kurang orang di sana. Aku terbeli muffin blueberry yang amat lazat dan latte vanilla yang cukup manisnya, kurang tidak, lebih pun tidak. Dalam 30 minit, aku habiskan apa yang aku beli tadi sambil menghantar teks kepada kawan yang sepatutnya aku jumpa.

LOL, dia kerja di Starbucks di tingkat 3. Patutnya aku tanya dia awal-awal tapi aku memang tak tahu ada dua cawangan Starbucks di Pavillion ini. Aku turun ke tingkat 3 dan masuk ke dalam Starbucks. Dia menjadi cashier, jadi aku pun beratur untuk memesan Java Chip Frappachino kegemaran aku, ngek ngek. Aku tegur dia sekejap, bertanya bila mau habis kerja. OK, dalam pukul 4.

Aku melanguk di meja berhampiran selepas mendapat Frappachino. Aku melayari Internet melalui telefonku yang seksi ini sambil menunggu jam 4. Dalam 30 minit kemudian, dia datang duduk di sebelah aku. Borak-borak sedikit. Dia kelihatan mengantuk, jadi dalam sedikit masa, terus aku ajak dia pulang. Hujan dalam perjalanan menuju ke tempat menunggu bas. Aku payungkan dia sampai ke seberang jalan. Semasa menuju ke tempat bas, dia mencadangkan aku untuk singgah makan di McDonald's. Aku pun sama lapar, terus setuju. Di dalam, aku dan dia membeli sedikit juadah yang semakin mengecil dari dulu. Teruk betul makanan-makanan di McD, semakin kecil.

Kemudian, kami naik ke atas, menikmati juadah. Sambung borak lagi... sedar tak sedar sampai pukul 8 malam baru habis. Lama gile :D

Rasanya ini kali pertama aku dan seorang kawan duduk berborak maha lama di McD. Seronok dengar cerita-cerita dari dia. Harap dapat keluar borak lagi dengan dia. Terima kasih kawan baru saya.

Ahad, 2009 Januari 18

Emo sangatkah aku?

Aku bukan ramai sangat kawan, yang rapat cuma seorang je, itu pun dah lama sangat tak jumpa. Susah aku nak meluahkan perasaan dan perasan untuk sekali-sekala. Aku cuma nak seorang kawan yang boleh aku luahkan perasaan tapi tak perlukah kau kata aku emo, aku cepat pulih, cuma layan aku sekejap je, tak lama. Ternyata aku silap, tak ada orang sebegitu yang mampu menahan kapasiti perasaan aku. Lebih-lebih lagi kalau dia seorang perempuan.

Aku tersilap langkah, mungkin dia sebenarnya bukan orang yang mampu menatang airmataku. Aku memang emosi, tapi sekejap saja jika ada orang yang mahu mendengar. Aku rasa aku yang terlebih mendengar emosi orang lain, sampai aku tak dapat peluang langsung mendengarkan emosi aku. Aku bukan robot, tapi aku mampu jadi macam robot kalau orang itu nak. Namun, aku tak boleh menahan perasaan aku terhadapnya.

Aku jenis "all or nothing", maaflah kalau aku tak mungkin pilih jalan tengah. Menang atau kalah, ya atau tidak adalah jawaban muktamad aku. Tak ada "seri", "50-50" atau "mungkin" bagi aku. Kalau dia tak boleh terima, maka jawabannya bagiku ialah "Tidak".

Aku ingin melupakannya. Biarlah kenangan manis kita sebagai kawan, ku simpan dalam hati. Tak mampu aku untuk meluahkan perasaan aku kepadamu atau mendengar luahanmu lagi.